★ Follow | Dashboard ★


Mulailah perbuatan yang baik dengan Bismillah, agar kebaikan itu sempurna. :D

★ Entry | About | Board | Credit ★


FINAL EXAM
in the name of Allah the most graceful and the most merciful

jadual exam saya
notakaki : wish me good luck :D

Save GAZA!
in the name of Allah the most graceful and the most merciful.



MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?

1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za, apa sebenarnya intention pihak zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za shj. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadik kesimpulan ringkas yg diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat paleystin?

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sy juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, mmg IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, dan minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, mcm mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?

8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sbb tue kalau tgk di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, org dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam dgn Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki Tangan Awam suatu masa dahulu)

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sbg alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

13. Tidurlah awal, agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.





notakaki : Pray for GAZA!

Salam Maal Hijrah
in the name of Allah the most graceful and the most merciful.

Doa Akhir Tahun 



Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (tahun ini hari terakhir jatuh pada hari Rabu 14 November 2012).Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata;


"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.Dengan membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun"



Doa Awal Tahun 



Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib(tarikh/hari yang sama) pada malam 1 Muharam.Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata;
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".


Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk menutup buku lama(yang sudah setahun penuh catatan) dengan doa akhir tahun.Dan memulakan buku baru dengan doa awal tahun sekali lagi.Insya Allah semoga perjalanan hidup kita semua untuk tahun baru Hijrah ini dipermudahkan Allah,diberkati usia,dimurahkan rezeki,keadaan fizikal,mental dan emosi yang 'sihat' supaya dapat menjalankan tugas sebagai hamba-NYA.

Sebagai hamba-NYA yang lemah,secara peribadi kite juga mengharapkan agar PELANGI sentiasa bersama dalam kehidupan.Walaupun matahari malu-malu dan hujan jarang menyapa.Sekalipun petir dan guruh seakan mengusir pelangi jauh dan jauh....kite tetap akan berusaha,bertawakal,berdoa dan redha diatas segala takdir yang telah Allah tentukan dalam kehidupan.Semoga pelangi tak jemu memancarkan warnanya yang indah :)



notakaki : Salam Maal 1434Hijrah




~ Musim Mengawan is coming ~
in the name of Allah the most graceful and the most merciful.

     Berdasarkan petikan tajuk di atas, aku dapat banyak jemputan orang kawen.Cuti sekolah bakal menjelma, so sume orang berlumba-lumba untuk mendirikan masjid, (alhamdulillah menangis xberlagu la setan). 

    Tapi, disebalik kegembiraan mereka,ada juga insan yang sedang menangis teresak-esak *hingus meleleh2* iaitu AKU!! sadis la xdapat pergi tengok orang kawen...huwaaaaaaaaaa :'( kalaulah aku di Malaysia,mesti ada muke aku dkt kenduri orang kawen,tapi sekarang aku diperantauan hanya mampu tengok gambo depa2 kawen dekat facebook sajelah.......T_T


10/11/2012 : Siti Nuraini & Mohd Shafie
11/11/2012 : Umie Nadhirah & Hakim 
17/11/2012 : Shy Akma & Hanafi 
17/11/2012 : Nurul Atiqah & Mohammad Amirrudin
17/11/2012 : Nadhir & Nurulhuda
01/12/2012 : Nurul Khairun Nisa & Haziq 
15/12/2012 : Afifah & Rafiq
16/12/2012 : Wanie & Wan 


notakaki : SELAMAT PENGANTIN BARU SUME!


HANDPHONE a.k.a TELEFON BIMBIT
in the name of Allah the most graceful and most merciful.

ok kelas..hari ini saya nak mengajar tentang topic HANDPHONE.  rasa2 ada lagi x orang nak pakai hp   

 nie?? kalau ada pon,mesti orang tue pakai 2,3 hp :) 

budak zaman sekarang sume dah advanced, kalau g sekolah tue tengok kawan pakai hp yang lebih canggih dari diri sendiri punya mesti nak tukar hp yang agak lebihhh canggih dari member punya. (membebel panjang lebar) 

Dulu, saya start pakai hp lepas spm. tapi time form 4,simcard dah ada just phone die jer xder. kalau dekat hostel, pinjam member pyer..kalau dekat rumah rembat abah punya :p time zaman saya dulu2, sapa yang ada hp 3310 nie, mmg terbaeklah!!(kalau skrg,yg plg low skali) hp nie mmg paling tiptop r,jatuh banyak x xder effect pon,battery die tahan beb,kalau baling anjing pon, anjing tue yang mati.


1. nokia 1110
hp 1st saya. Dulu kepunyaan abah lepas tue mak bagi hp nie dekat saya and abah pon terpaksa beli hp baru hihihihi. Lepas itu, tukar hp dgn bf (now ex-bf) sebab die nak sambung study dekat syria, and pakai hp up skit dari yg nie 
2. nokia 6230

yang nie hp ex-bf. kalau dulu pon, kira canggih dah hp yang ada camera,ada memory card. jangka hayat pakai hp nie xlama, bila clash pulang balek harta orang pasal kita cume pinjam je.(laen la kalau die bagi terus)
3. sony ericson W580

ha...yang nie baru masuk bab hp beli sendiri,diulang lagi sekali BELI SENDIRI!sebab-sebab beli hp baru :
1. time tue xder hp (b'kait dgn cerita diatas)
2. jeles tengok kawan pakai hp canggih dari kita =_=
3. baru dapat duet MAIS (jadi O.K.B sekejap)
4. minat dgn hp nie sebab ada walkman dgn camera die lawa
ingat lagi, beli hp nie dekat The Mines, beli dgn my bff. kitaorang beli hp yang sama just colour body je lain. rasa pakai hp nie setahun jer kot (ilang ingatan jap)

4. sony ericson W890i


sebab-sebab memilih hp ini :
1. hp no.3 rosak
2. minat hp nie sebab nipis sgt2
3. ada 3G
4. speaker music die best sikit dari hp no.3

5. sony ericson W995


yes,nie hp idaman kalbu saya!!dulu memang mengidam gler r nak pakai hp nie. sanggup keluarkan duet tabung haji semata-mata untuk beli hp (kalau mak tahu mamposs aku). beli hp nie, time batch 1st skali keluar. majoriti semua kedai jual rm900-rm10++. sanggup pusing sume kedai hp punya pasal sebab nak beli hp nie dgn harga paling rendah. dan AKHIRNYA.......................jumpa pon! memang bangga,riak,takbur bila dapat beli hp nie hahahahahahaha. padahal hp no.4 sihat walafiat jer lagi, and hp tue pon saya passing dekat bf saya suruh pakai :)) sebab diantara memang OBSES sangat2 dekat hp nie :

6. Xperia U

ok.hp yang nie xsure yg last or bakal ada yang laen, tapi buat masa sekarang nie xder lagi hp idaman hati.cewwahh! hp no.5 still available lagi sampai sekarang tapi bukan pada saya, ada pada my bf. die nak pakai sebab hp tue ada something value tentang diri saya *oh,soooo sweet* hp nie hadiah bufday dari my sweetheart. hp nie pon ada kelebihan tersendiri yg digemari ramai. sebab malas nak bebel panjang2, korang boleh tengok dekat sini http://www.sonymobile.com/global-en/products/phones/xperia-u/specifications/  xpon p je dekat website sony, macam-macam pilihan ada.



so, zaman sekarang ini memang tak hairanlah kalau budak sekolah rendah pon dah pakai hp yg canggih2 dan mahal nie. orang yang jual hp,jenis-jenis hp dan sekeluarga,sepupu sepapan hp nie memang berlambak-lambak sampai nak termuntah menengoknyer. hp nie sekarang dah jadi satu keperluan penting untuk semua orang,xkesah lah hp canggih or biase. bagi saya, asal boleh buat call,msg sudah...(kalau hp mhl beribu,tapi xder credit buat pe!):) 
ok,time up! kita jumpa len hari.bye!




notakaki : xberminat pada samsung!


HARI & WARNA
in the name of Allah the most graceful and most merciful.

ISNIN =>Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal.
SELASA => Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
RABU => Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
KHAMIS =>Warna kuning / oren ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi . 
JUMAAT =>Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru. Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
SABTU =>Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh. Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
AHAD =>Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

ISNIN = PUTIH
SELASA = PINK / VIOLET
RABU = BIRU
KHAMIS = KUNING / OREN
JUMAAT = HIJAU
SABTU = MERAH
AHAD = HITAM

stress!!
in the name of Allah the most graceful and most merciful.








SALAM AIDILFITRI
in the name of Allah the most graceful and most merciful.



nak duet aye kena la dtg ngumah :))



notakaki : counting : 2week only!

music
in the name of Allah the most gracious and most merciful.

Hanya dirimu yang ku cinta 
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna 
Takkan membuat aku jauh darimu 
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku ’kan tetap milikku 
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau tak sempurna 
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku ’kan tetap milikku 
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku ’kan tetap milikku 
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia 
  Dia kekasihku ’kan tetap milikku 
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
notakaki : lagu-lagu ini saya tujukan pada orang yg saya sayangi...walaupun masih berbaki 6minggu lagi sebelum saya diterbangkan ke Sarawak *mcmlah jauh sgt,tapi bahang kesedihan tetap mengiringi saya..:((

Kejutan ♥ ♥ ♥
in the name of Allah the most gracious and most merciful.

aku nak kongsi satu cerita nie,eh silappp 2 cerita. cerita yg membuat aku menangis kegembiraan dan kesedihan. 

CERITA PERTAMA.

cerita mula2 pasal UPU. result UPU kuar 13/07/2012 kelmarin.. seminggu sebelum result kuar,baru aku tahu UPU akan kuar next week,*sehari b4 bday aku.....berdebor-debor jugaklah jantung den nie..n aku xmengharap sgt dapat pasai taun yg suda aku xdpt so,lou dpt Alhamdulillah lou xdpt bkn rejeki sye la 2...

13/07/2012 hari yg ditunggu telah tiba, result kuar! tapi aku still maintain jer,tpi dlm hati ALLAH sahaja yg tahu! dah hasilnyer........Alhamdulillah,dapat jugak akhirnyer...rejeki aku..*sampai nanges-nanges

Hadiah bday yg paling bermakna :)

Aku dapat sambung belajar dekat UNIMAS*jauhhh tueeee... die ada dlm senarai pilihan aku tapi dlm ranking ke-5 ke bawah.. pape pon, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambung Degree.. sume nie ada hikmah disebaliknya....

CERITA KEDUA.

kisah nie berkaitan dgn bday aku..14/07 is my BIRTHday dan my lovely oppa buat surpise bday party tuk aku...*terharu sgt3 sampai nges2 

Cake New York Cheese,my fevet :)


memang terbaikkk r oppa dgn my bff rancang tuk buat surpise party tuk aku... pandai betul die kelentong aku untuk bawa aku kuar....*nie yg makin syggg dkt oppa
and thanx soooo much pd yg wish my bday dkt fb n twitter... :))


SEKIAN.......

Teknik Menarik Mengikat Tali Kasut
in the name of Allah the most gracious and most merciful.

















notakaki : lawa an??memang terror r sape yg pandai buat...mmg sure aku xrety buat hahahaha

present for me ♥ ♥ ♥
in the name of Allah the most gracious and most merciful.


sekian lamanyer aku xupdate blog *xderlh lama sgt*...hajat dihati itu ada,cuma...tidak kesampaian (+ +).
banyak ctr yg aku nak post, so sekarang aku jadi an 1entry jer..

1. HAPPY TEACHER'S DAY.
16 Mei adalah diisytiharkan HARI GURU SEDUNIA (termasuklah aku). sekolah aku sambut selang beberapa hari kemudian. dan ia merupakan kali PERTAMA dlm sejarah hidup aku menyambut hari guru selama aku menjadi GURU!!!!*seyes tipu*


nielah rakan2 seperjuanganku *sye je yg blm kawen*

kek dr parents
sebahagian jamuan ketika majlis
wajah2 anak muridku
present from our kids.thanx so much !!
tis 1st present i got from my anak buah..thanx kakak!!



2. MY BIRTHDAY.
nak di itot2 an,bezday aku lama ag (sebulan lg) tapi sye sudah dpt pon hadiahnyer!!!!^___________^

jeng...jeng...jeng...jeng


nielah die present bezday yg en. ♥  bagi!!!!~thanx soooooo much dear~ *hp idaman uuuuuuuu* terharu gleq r en.♥    bagi present awal. and en. ♥ pon sibuk2 nk pki hp baru (tp die beli sendiri) 


saje nak tayang ((=
notakaki : thanx pada sume....i love u all!!!! 



Ahlan Wasahlan Ya Rejab
in the name of Allah the most gracious and most merciful.


Alhamdulillah Selasa -220512- sudah 1 Rejab 1433 & kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini. Jangan lepaskannya ツ.

♥ Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.

♥ Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga sempat bersua dengannya, amin.

notakaki : sumber DI SINI

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita.
in the name of Allah the most gracious and most merciful.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

notakaki : Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)



10 Tanda Si Dia Jodoh Anda
in the name of Allah the most gracious and most merciful.


1. Gunakan Seluruh Pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.

Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


 >>> Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
>>> Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
>>> Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..    

notakaki : “Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!” :)

kenduri kendara
in the name of Allah the most gracious and most merciful

JEMPUTAN KENDURI KAWEN


27 May 2012  Nurul Falah Humaira & Shake Radzi 
27 May 2012  Syiera & Lukman 
02 June 2012 Shim Fiez & Norashimah
02 June 2012  Mohd Hajjaj &  Suhaila 
02 & 03 June 2012 Niza Azira & Rahimul Arifin
03 June 2012  Norfadhilah & Amirul
03 & 10  June 2012  Nurul Asmira & Fekerri 
03 June 2012 Nur Hidayah & Muhammad Ariff


Older post / Newer post